INGINKAN telefon pintar mudah alih dengan teknologi di tahap tertinggi dan menakjubkan? Produk terbaru Vivo, NEX3 ada jawapannya. Ia adalah peranti terbaik menggabungkan inovasi terbaharu yang menakjubkan.


Dikemaskan dengan rekaan bentuk inovasi Waterfall FullView™ Display, gabungan tiga kamera dengan kamera utama 64MP dan penuh dengan aplikasi pintar, NEX 3 meningkatkan pengalaman telefon pintar terbaru kepada pengguna ke tahap tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, berkata NEX 3 adalah peranti yang sempurna untuk pengguna yang inginkan pengalaman telefon pintar flagship terbaik.

Katanya, dengan skrin paparan POLED Waterfall FullView™ infiniti, ia memberikan pengguna pengalaman skrin visual dan interaktif yang belum pernah dirasai sebelum ini.


“Tiga kamera yang melengkapi peranti ini memberikan liputan fokus penuh untuk kualiti gambar yang luas biasa.

“Telefon ini disokong dengan bateri yang hebat, prestasi pengkomputeran dan keupayaan AI yang ditingkatkan.

“Justeru, dengan NEX 3 ini, kami melangkaui inovasi dan industri telefon pintar seterusnya menawarkan satu pengalaman mudah alih yang paling premium hari ini,” katanya.

Vivo NEX 3 ini mempunyai paparan POLED Waterfall FullView™ Display yang didatangkan dengan skrin luas dan melengkung menjadikan ia kelihatan anggun.

Dibina daripada reka bentuk FullView™ Display yang terdahulu, skrin NEX 3 diperluas dengan reka bentuk tanpa sepadan dwi-lengkung yang menyediakan pengguna dengan pandangan lebih luas dan pengalaman visual yang terbaik.


Paparan 6.89 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6 peratus memberikan pengalaman visual yang menakjubkan kepada pengguna setiap kali mengangkat telefon.

Selain itu, paparan cahaya ambien pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung memberikan pengembaraan audiovisual terbaru dengan pengecaman irama muzik dan peringatan pemberitahuan yang unik.

Pertunjukan cahaya ambien juga boleh dilihat apabila muzik dimainkan atau semasa menerima panggilan.

Butang fizikal yang tersembunyi pada peranti ini turut memberikan kelancaran dengan visual rekaan unibody kepada NEX3 ini.

Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini turut menggunakan butang sensor tekanan, Touch Sense iaitu seperti butang fizikal untuk beberapa fungsi untuk pengalaman yang selesa dan futuristik.

Pengimbas cap jari dalam paparan juga membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih dengan serta merta dan selamat.

Cip audio AK4377A pula memberikan pengalaman unik Vivo Hi-Fi yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman muzik yang lebih mendalam sekali gus menghidupkan semula konsert kegemaran atau terbuai dalam lagu yang paling disukai.


NEX 3 dengan warna Glowing Night boleh didapati di Malaysia mulai hari ini dengan harga RM3,899.

Untuk maklumat lanjut layari www.vivo.com/my

#NEX3 #FutureBeyondEdges #vivoMalaysia

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 8:55 AM