BN melancarkan jentera Tanjung Piai di Pontian semalam. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

BARISAN Nasional (BN) akan mengumumkan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai esok.

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pengumuman akan dibuat di Pusat Gerakan BN selepas solat isyak.

“Tadi saya bermesyuarat bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran menerusi Skype bagi memuktamadkan calon,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon parti itu pada PRK Parlimen Tanjung Piai, 16 November ini.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 10:59 PM