Antara baju tiruan yang dijual murah sempena perlumbaan MotoGP. Foto Ihsan KPDNHEP
Antara baju tiruan yang dijual murah sempena perlumbaan MotoGP. Foto Ihsan KPDNHEP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SINDIKET barangan tiruan mengambil kesempatan sempena

perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Ahad lalu apabila dikesan menjual baju dan topi tiruan.

Sindiket itu didapati mencampurkan barang asli dan tiruan yang mensasarkan pelancong asing bagi mengelirukan pengguna.

Bagaimanapun tindakan itu dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) apabila menyerbu sebuah kedai di Jalan Alor, Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, pihaknya merampas pelbagai barang tiruan yang dijadikan cenderamata sempena kejohanan berkenaan bernilai RM7,090.

“Serbuan 1 tengah hari itu merampas 122 helai baju pelbagai jenama antaranya ‘The Doctor’, ‘46’ dan ‘VR 46’.

“Selain itu turut dirampas 23 topi jenama sama dan empat helai seluar jenama ‘46’ serta dua beg berjenama ‘46’,” katanya.

Azeem berkata, pemilik kedai berkenaan didapati mencampurkan barang tiruan dan barang asli bagi mengelirukan pengguna.

“Premis terbabit menjual barangan itu lebih murah daripada harga barangan asli.

“Premis berkenaan juga sudah beberapa kali diserbu dan mensasarkan pelancong sebagai mangsa,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 5:04 PM