RONAN (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Colin Harvey menunjukkan koleksi kole Around the World with We Bare Bears.
RONAN (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Colin Harvey menunjukkan koleksi kole Around the World with We Bare Bears.
Hamizah Badiran


GELAGAT tiga beruang bersaudara Grizzly, Panda dan Ice Bear menerusi siri animasi We Bare Bears yang tinggal di hutan dan punya dunianya sendiri, amat mencuit hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Ternyata, semua karakter yang ada di dalam kisah We Bare Bears termasuk Lucy memiliki ciri khas tersendiri yang mampu menghiburkan penonton.

Misalnya, Grizzly iaitu seekor beruang yang ceria dan suka berteman dengan sesiapa sahaja manakala Panda pula lebih suka menyendiri.

Kemudian, ada Ice Bear yang pendiam, tetapi memiliki pelbagai bakat seperti memasak, berbicara dalam banyak bahasa dan hebat aktiviti olahraga.

Walaupun berbeza karakter, mereka pasti saling membantu ketika menghadapi masalah terutama apabila berhadapan dengan dunia manusia.

Kini, peminat animasi kegemaran ramai itu berpeluang menjelajahi dunia bersama We Bare Bears dan 7-Eleven dengan menebus koleksi kole Around the World with We Bare Bears di semua 2,382 cawangan kedai serbaneka terkemuka, 7-Eleven Malaysia di seluruh negara.

Terdapat 35 rekaan dalam pelbagai warna menarik boleh dikumpul di mana setiap satu daripadanya menampilkan negara berlainan seperti Malaysia, England, Jepun, Belgium dan banyak lagi.

Mulai sekarang sehingga 30 Disember ini, pelanggan yang membelanjakan RM5 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia akan menerima pelekat program itu.

Sekiranya pembelian termasuk produk rakan kongsi yang terpilih daripada jenama seperti Heaven & Earth dan P&G, pelanggan juga akan diberi pelekat bonus.

Kumpulkan 10 pelekat program untuk memperoleh satu kole istimewa We Bare Bears.

Selain itu, pelanggan yang ingin mendapatkan kole berkenaan dengan lebih cepat boleh juga membeli pada harga RM7.90 disertakan dengan 5 pelekat program.

Tempoh penebusan cawan bermula dari 5 November sehingga 6 Januari tahun depan.

PELBAGAI koleksi kole Around the World with We Bare Bears boleh ditebus di semua 2,382 cawangan kedai serbaneka terkemuka, 7-Eleven Malaysia di seluruh negara.
PELBAGAI koleksi kole Around the World with We Bare Bears boleh ditebus di semua 2,382 cawangan kedai serbaneka terkemuka, 7-Eleven Malaysia di seluruh negara.

Menambah keterujaan peminat We Bare Bears untuk mengumpul semua 35 rekaan cawan itu, peminat juga boleh menyertai peraduan laman sosial 1 Bear 1 Cup untuk peluang memenangi patung gergasi We Bare Bears yang lembut dan comel.

Untuk sertai, peserta hanya perlu memuat naik gambar kreatif satu beruang dan satu cawan disertakan tanda pagar #WBB1Bear1Cup dan #7ElevenMY di laman Facebook atau Instagram.

Gambar penyertaan harus ditetapkan untuk tatapan umum bagi memudahkan pemilihan.

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee, berkata, pihaknya teruja dan berbesar hati untuk mengadakan satu lagi kempen penebusan yang menarik dan istimewa untuk pelanggannya.

“Menerusi populariti watak We Bare Bears kepunyaan Cartoon Network yang disukai ramai terutamanya anak-anak muda, kami yakin peminat watak Grizzly, Panda dan Ice Bear akan memberi sokongan memberangsangkan.

“Tambahan lagi, setiap rekaan memaparkan lambang, ikon dan pakaian tradisional setiap negara yang berlainan di mana ia sesuai sekali bagi anak muda mempelajari dan mengenali budaya setiap negara berkenaan.

“Koleksi kole yang menarik dan tanpa BPA ini boleh digunakan sebagai bekas minuman kepada tetamu pada musim perayaan atau kenduri tanpa was-was,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen penebusan Koleksi kole Around the World with We Bare Bears, lawati www.7eleven.com.my atau ikuti 7-Eleven Malaysia di Facebook dan Instagram.

Sekiranya menghadapi masalah penebusan untuk kempen ini, hubungi 018-371 1220 melalui aplikasi WhatsApp.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 10:00 AM