AZIZI Abu Bakar, 34, dikesan pihak polis untuk menghadiri perbicaraan kes dadah di Mahkamah Seksyen Kajang pada 13 November ini. FOTO Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sedang mengesan seorang lelaki yang juga saksi bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Seksyen Kajang, 13 November nanti.

Lelaki berkenaan, Azizi Abu Bakar, 34, beralamat di Seri Kembangan dikesan bagi membantu perbicaraan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Nadia Jamallulai di talian 010 2394279 untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, polis membuat serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Kampung Baru Balakong, 9.21 malam pada 16 September tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 12:34 PM