PASUKAN HAZMAT di lokasi kebocoran radioaktif. FOTO BERNAMA.
Siti A’isyah Sukaimi


KEBOCORAN radioaktif di Pos Penerbangan Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai membabitkan bahan diletakkan di dalam kotak.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, panggilan kecemasan diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA pada 10.42 pagi.

“Jentera dari BBP KLIA dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Shah Alam ke lokasi.

“Menurut komander operasi, didapati kejadian membabitkan kebocoran bahan radioaktif daripada dalam kotak,” katanya, hari ini.

Sementara itu, kenyataan itu menyebut, kebocoran berjaya dikawal dan akan diserahkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 2:28 PM