Skip this ad x
ANTARA kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri 1441H/2019M di Kuala Terengganu.
Baharom Bakar

SAMBUTAN Maulidur Rasul peringkat negeri Terengganu tahun ini disambut penuh kesyukuran dengan pengisian pelbagai program bagi melahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW di Kuala Terengganu, hari ini.

​​​Sambutan peringkat negeri diadakan penuh ketakwaan dengan perarakan sambil berselawat untuk menyemarakkan ingatan kepada Rasulullah SAW.

Ia dimulakan dengan perarakan kira-kira 1,750 peserta daripada 56 pasukan terdiri daripada jabatan kerajaan, pasukan unit beruniform, institusi pengajian tinggi, sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan.

Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Yahya Ali mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, turut berarak sejauh 2.4 kilometer dari Dataran Shahbandar ke Stadium Negeri.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka berangkat untuk merasmikan majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul di Stadium Negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 November 2019 @ 11:51 AM