Skip this ad x
TUDM menjalankan latihan sebelum pertunjukan Sabtu ini. FOTO Ihsan TUDM
Khairul Najib Asarulah Khan


TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan sesi latihan pertunjukan udara sempena Hari Terbuka TUDM Sabtu ini di Pangkalan Udara Kuantan, Kuantan.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, latihan sempena pertunjukan itu dijalankan bermula hari ini sehingga program berlangsung.

“Latihan ini membabitkan beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter di sekitar ruang udara Kuantan.

“Penduduk sekitar Pangkalan Udara Kuantan diminta tidak cemas dan risau jika melihat pesawat TUDM terbang rendah selain mendengar bunyi letupan sepanjang tempoh itu,” kata kenyataan itu.


Antara pesawat pejuang yang menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan. FOTO Ihsan TUDM

Menurut kenyataan itu, TUDM turut menjemput orang ramai hadir memeriahkan Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuantan Sabtu ini seawal 8 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 5:08 PM