Rizanizam Abdul Hamid


KERBAU sesat dan memasuki hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock, berhampiran Jalan Jonker, Melaka, pagi hari ini.

Difahamkan, kejadian disedari anggota polis yang melakukan rondaan sekitar 7.30 pagi tadi yang pada awalnya menyangkakan berlaku kecurian di hotel dua tingkat berkenaan.

Bagaimanapun, Anggota polis mendapati pintu kaca depan kedai pecah akibat dirempuh kerbau.

Setakat 10 pagi ini, pihak polis bersama anggota Jabatan Veterinar, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam sedang membuat persiapan untuk menangkap haiwan berkenaan.

Berita selanjutnya menyusul...

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 10:12 AM
LOKASI di mana seekor kerbau memasuki sebuah hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Banda Hilir. FOTO Rasul Azli Samad