GAMBAR Hiasan
Zatul Iffah Zolkiply


ANAK lelaki naik hantu apabila mengugut mahu memukul ibunya dalam kejadian di Ajil, Kuala Berang Selasa lalu.

Kejadian berlaku 7 malam ketika mangsa berusia 55 tahun berada di rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran anaknya yang tiba-tiba mengamuk.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek mengugut mahu memukul mangsa dan anak mangsa yang juga adik suspek tanpa diketahui punca bertindak demikian.

“Mangsa mendakwa suspek selalu bertindak di luar kawalan dan agresif menyebabkan dia bersama ahli keluarga lain sentiasa ketakutan.

“Walaupun tidak mengalami kecederaan, mangsa yang bimbang keselamatan diri nekad melaporkan kejadian itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Susulan laporan diterima, suspek berusia 32 tahun ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 6:02 PM