KARMAINE. FOTO Arkib NSTP
KARMAINE. FOTO Arkib NSTP
Mohd Sabran Md Sani


“SAYA akan terus berjuang,” kata calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, 66, yang akur dengan kekalahannya kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, malam ini.

Beliau berkata, pengundi kawasan itu sudah membuat pilihan dan semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka.

“Kami akan buat analisis mengenai kekalahan ini. Apa pun, saya masih Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PH bahagian Tanjung Piai,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PH di Pontian, malam ini.

Ketika ditanya perasaannya ketika ini, Karmaine berkata, dia biasa sahaja dan menegaskan sebagai orang politik dan BERSATU, beliau akan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Terdahulu, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ditemui di lokasi sama, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 10:22 PM