Lori balak terbalik selepas terbabas di Kilometer 60 Jalan Aring-Sungai Jawi. FOTO Ihsan PDRM
Norizuan Shamsuddin


LORI membawa muatan balak terbalik selepas terbabas ketika melalui selekoh di Kilometer 60 Jalan Aring-Sungai Jawi, dekat Bukit Kawah, Kuala Berang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, pemandu lori, Mustasha Mustafar, 34, patah bahu kanan dan cedera muka akibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan berat terbabit dalam perjalanan dari arah Aring menghala ke Kuala Berang.

“Setibanya di lokasi lori itu terbabas ketika melalui selekoh sebelum terbalik.

“Siasatan mendapati kejadian selepas hujan dan permukaan jalan basah.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah lalu lintas 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 1:16 AM