Hairulazim Mahmud


PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu menahu berkaitan mesyuarat ‘pintu belakang’ yang dilakukan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama beberapa Ahli Parlimen parti berkenaan di Parlimen hari ini.

Beliau juga tidak dijemput ke mesyuarat berkenaan.

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak dijemput,” katanya ringkas kepada media selepas Bicara Khas Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Sepang hari ini.

Ada media melaporkan Mohamed Azmin mengadakan pertemuan berkenaan pada 3 petang di Parlimen.

Semalam, dilaporkan 22 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan lima Ahli Parlimen PKR mengadakan pertemuan ‘sulit’ di kediaman Timbalan Presiden PKR itu.

Mereka dilihat tiba pada 7 petang sebelum meninggalkan kediaman itu kira-kira 11 malam.

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. FOTO Rasul Azli Samad.

Antara yang dilihat keluar dari kediaman itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid, Ahli Parlimen Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor.

Turut hadir Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Kuala Kurau Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jamaluddin Alias dan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noriani Ahmad juga dilaporkan hadir ke kediaman Mohamed Azmin.

Sejak malam tadi kecoh apabila tular mesej menerusi aplikasi WhatsApp pertemuan ‘sulit’ membabitkan Mohamed Azmin dengan beberapa Ahli Parlimen PH dan BN itu.

Berita berkaitan

Lembaga Disiplin UMNO siasat pertemuan sulit Azmin

Azmin wajib datang mesyuarat esok - Anwar

Majlis Presiden PH tak tahu - Dr Xavier

UMNO akan siasat!

'Saya tak tahu pun..' - Mujahid

Wan Azizah sindir Azmin

Saya tak tahu apa dibincangkan - PM

Azmin jumpa Ahli Parlimen BN

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 4:49 PM