BERNAMA

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan rombakan kabinet dilakukan susulan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

Pengerusi PH merangkap Pengerusi Bersatu itu bagaimanapun berkata, keputusan mengenainya “tidak akan dilakukan hari ini atau esok.”

MAHATHIR pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). FOTO Eizairi Shamsudin

“(Ia akan dibuat) selepas kita mengkaji pencapaian dan kebolehan menteri-menteri yang ada sekarang ini dan selepas itu barulah kita bincang tentang kemungkinan mengadakan rombakan kabinet ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 8:07 PM