Kira-kira 1,000 anggota sindiket forex dalam talian ditahan di Cyberjaya hari ini. FOTO Ihsan Facebook JIM
Hairulazim Mahmud


JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket penipuan pelaburan penukaran mata wang asing atau forex dalam talian terbesar didalangi warga China di Cyberjaya hari ini.

JIM melalui status laman Facebook rasminya menyatakan, 1,000 anggota sindiket berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dalam serbuan di premis yang disyaki markas kegiatan itu.

Sementara itu Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Beliau berkata, satu sidang media mengenai kejayaan operasi itu akan diadakan esok.

Sidang media berkenaan dijadualkan 12 tengah hari esok di Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 10:16 PM