Skip this ad x
LIEW Vui Keong. FOTO Arkib NSTP
Mohd Husni Mohd Noor


PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa penuh dalam menentukan siapa kekal dan siapa digugurkan dalam rombakan Kabinet tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif mengenai perkara itu.

“Saya tahu perkara itu semalam dan tidak boleh komen lebih.

“Ia (rombakan Kabinet) adalah kuasa Perdana Menteri untuk menentukannya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, pagi ini.

Katanya, rombakan Kabinet adalah kuasa yang diberikan kepada Perdana Menteri.

Dr Mahathir semalam memberi gambaran akan berlaku rombakan Kabinet sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun depan.

Difahamkan, rombakan Jemaah Menteri itu perlu dilakukan susulan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri, rombakan Kabinet itu juga harus mengambil kira bahawa Kerajaan PH yang terdiri daripada lima parti komponen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 1:53 PM