(Dari kanan) Danial dan Mikail, Audrey dan Zuhainy menunjukkan anugerah masing-masing. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Zuhainy Zulkiffli


KUMPULAN The New Straits Times Press (NSTP) Biro Pulau Pinang, merangkul lima anugerah pada Majlis Anugerah Kewartawanan Pulau Pinang Hijau 2019 di Georgetown, malam ini.

Ia sekali gus menjadikan NSTP agensi paling banyak memenangi anugerah pada majlis berkenaan.

Wartawan Audrey Dermawan dari News Straits Times memenangi dua anugerah iaitu Pelaporan Berita Istimewa Bahasa Inggeris bertajuk ‘Waste Threat To Mangroove Forest’ dan Penulisan Rencana Cemerlang Bahasa Inggeris ‘Agarwood Theft continues unabated Poachers Threaten Karas stress Dept Its illegal to remove Agarwood in State Forests’.

Wartawan sambilan Harian Metro, Zuhainy Zulkiffli pula memenangi Anugerah Pelaporan Berita Cemerlang Bahasa Melayu menerusi artikel ‘Usah dera alam’, manakala Jurugambar NSTP Mikail Ong Abdullah dan Mohamad Danial Saad masing-masing mengungguli tempat kedua dan ketiga Anugerah Foto Kewartawanan.

Hadiah disampaikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan pemenang menerima wang tunai serta sijil penghargaan.

Anugerah Pulau Pinang Hijau 2019 memasuki tahun keenam penganjurannya, diadakan oleh Penang Green Council (PGC) bagi meraikan pihak yang menghargai kepentingan alam sekitar, selain menggalakkan masyarakat menyayangi kelestarian hijau.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 11:32 PM