ADUN Seremban Jaya P Gunasekaran.
BERNAMA

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar hari ini meluluskan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P Gunasekaran untuk tidak hadir pada Sidang DUN.

Zulkefly berkata, beliau ada menerima permohonan Gunasekaran untuk tidak hadir Sidang DUN yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

“ADUN Seremban Jaya sudah mengemukakan notis permohonan untuk tidak menghadirkan diri dalam persidangan pada 4 November lalu lepas dan permohonan beliau saya luluskan,” katanya ketika berucap ketika Sidang DUN di Seremban hari ini.

Pada 29 Oktober lalu, Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka kerana memberi sokongan kepada kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Beliau juga didakwa dengan pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 10:36 AM