FOTO Arkib NSTP
FOTO Arkib NSTP
Siraj Mohd Zaini


WAKTU solat Subuh bagi seluruh kawasan di Selangor perlu ditambah masa sebanyak lapan minit dari waktu asal mulai esok.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataannya berkata, perubahan berkenaan dilakukan hasil kajian kecerahan langit oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama penyelidik Universiti Malaya (UM).

“Perkara ini dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-116.

“Ia juga diperkenankan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November 2019 bersamaan 1 Rabiulakhir 1441H untuk dikuatkuasakan bagi negeri Selangor,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 November 2019 @ 3:03 PM
Digital NSTP Subscribe