POTONGAN eksklusif buat penggemar batu zamrud. Kanan, gandingan delima merah dan berlian yang menawan.
Oleh Aida Adilah Mat


BATU permata memberi aura tersendiri buat si pemakai dan disebabkan itu Habib tampil buat pertama kalinya mempamerkan koleksi terbesar barangan kemas batu pertama di IOI City Mall, Putrajaya sehingga 1 Disember ini.

Bagi peminat batu permata, inilah masa terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai reka bentuk terbaik dan unik dengan harga yang berpatutan.

Kilauan yang terhasil daripada batu permata dengan gabungan berlian atau emas pasti menampakkan kelainan buat di pemakai.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Meer Habib berkata, Habib menjanjikan ‘hadiah’ terbaik dan inilah masa yang paling sesuai untuk peminat barangan kemas mendapatkan koleksi istimewa.

MEER bersama model yang memperagakan koleksi permata indah. FOTO: Mohd Fadli Hamzah.

"Buat julung kalinya kami mempromosikan koleksi batu permata yang paling berkualiti yang diperoleh dari serta dunia.

"Ini berikutan trend ketika ini apabila ramai pelanggan ingin mendapatkan batu permata kerana Habib dari dulu lagi sinonim dengan penghasilan batu permata yang berkualiti.

"Jika dulu peminat hanya ingin mendapatkan batu pertama seperti nilam, zamrud atau delima tapi sekarang tidak lagi apabila pasarannya lebih terbuka dengan pelbagai jenis batu permata lain yang tidak kurang menariknya," katanya.

Selain itu, Meer memaklumkan lebih 1,000 koleksi boleh didapati bersempena dengan jualan akhir tahun Habib di semua 28 bilik pameran di seluruh negara dengan potongan harga menarik sehingga 1 Januari tahun depan.

Festival batu permata ini mengiringi musim perayaan dengan jenama ini menawarkan pelbagai pilihan barang kemas antaranya berlian pelbagai bentuk dan potongan serta emas 916 terutamanya membabitkan koleksi Oro Italia 916.

REKAAN menarik tampilkan gaya eksklusif.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 7:02 PM