Mayat yang ditemui terdampat di pantai Kampung Pasir Putih, Merchang di Marang hari ini. Foto Ihsan Pembaca

MAYAT reput tanpa kepala, tangan dan pergelangan kaki ditemui terdampar di pantai Kampung Pasir Putih, Merchang di Marang hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mayat berkenaan ditemui penduduk kampung berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis pada 3.30 petang.

Menurutnya, pihaknya percayai ia mayat lelaki dan ditemui dalam keadaan terlalu uzur.

Katanya, pihaknya percaya mangsa sudah meninggal dunia antara 10 hingga 15 hari lalu sebelum dihanyutkan ke pantai berkenaan.

“Siasatan awal tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Mayat itu sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk proses bedah siasat.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang ditalian 09-6182222,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 9:42 PM