KEMENTERIAN Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara itu. FOTO Tular
Muhaamad Hafis Nawawi


PIHAK polis akan memanggil penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel pada acara itu bagi membantu siasatan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, setakat ini dua laporan polis sudah dibuat.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Semua yang terbabit termasuk penganjur akan dipanggil pihak polis bagi merakam percakapan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kelmarin, tular gambar-gambar lelaki dan wanita bertatu separuh bogel yang menyertai ekspo bertaraf antarabangsa itu.

Ekspo itu turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) seperti yang tertera di layar belakang pentas.

Bagaimanapun, MOTAC menafikan pernah meluluskan penganjuran ekspo berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo itu.

Berita berkaitan

Ekspo tatoo: MOTAC tak pernah luluskan

Ekspo tatoo: MyCEB tunggu laporan lengkap polis

Apa nak jadi ni!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 1:58 PM