CHE Gayah iaitu ibu kepada Saifuddin Nasution meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah. FOTO ihsan pembaca
BERNAMA

IBU kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini.

Setiausaha Akhbar kepada Saifuddin, Hisommudin Bakar berkata, Che Gayah Hassan, 74, meninggal dunia pada 6.05 petang kerana sakit tua selepas seminggu dirawat di hospital berkenaan.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Durian, Pokok Sena (dekat Alor Setar) pada 11 malam ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 9:24 PM