MOHD Razli (tengah) bersama pegawai menunjukkan komponen motosikal pada sidang media di IPD Pekan, semalam. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


JANGAN cuai hingga membuka ruang kepada pencuri merembat motosikal. Itu pesanan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof terhadap pemilik motosikal di daerah ini.

Katanya, faktor kecuaian seperti tidak mengunci dan meninggalkan kunci pada motosikal antara penyebab utama kenderaan itu mudah dicuri.

“Pencuri akan mengambil masa panjang sekiranya motosikal berkunci walaupun berada dalam pagar rumah, malah usaha penjenayah melakukan perbuatan salah lebih terhad.

“Setiap kali meninggalkan motosikal pemiliknya perlu menguncinya, kegiatan mencuri kenderaan berkenaan berlaku di mana sahaja termasuk dalam kawasan rumah dan masjid,” katanya, di sini.

Beliau berkata demikian mengulas kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan menahan lima ahli Geng Iki berusia 22 hingga 38 tahun yang terbabit dengan kes curi motosikal di daerah ini sejak Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 5:45 AM