KEDAI jenama pakaian terkenal dari Jepun terbakar. FOTO ihsan bomba
Mohd Sabran Md Sani


TIGA unit kedai milik jenama pakaian terkenal dari Jepun yang terletak di pasar raya di Johor Bahru, terbakar hari ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Saiful Bahri Safar berkata, enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat pada 3.50 pagi.

Katanya, pihaknya juga mendapatkan bantuan lapan anggota bersama sebuah jentera dan Pasukan Khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bagi memadamkan kebakaran di aras bawah bangunan itu.

“Bantuan pemadaman awal dilakukan oleh sistem kebakaran bangunan iaitu sistem ‘sprinkler dan blower’,” katanya.

Katanya, tiada mangsa yang terbabit di dalam kebakaran.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, manakala operasi tamat 6.03 pagi tadi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 12:06 PM