GAMBAR yang tular di media sosial.
Shamsul Munir Safini


JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan menyiasat aduan berhubung kehadiran wanita Melayu beragama Islam dalam upacara pertunangan di di sebuah kuil di Air Itam, Georgetown, semalam.

Jurucakap JHEAIPP berkata, pihaknya sudah menerima aduan mengenai perkara itu dan sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada individu yang mengambil gambar selain mahu mendapatkan keterangan daripada pihak berkenaan.

“Bagi kami masa untuk melakukan siasatan dan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Sebelum ini, tular gambar wanita Melayu lengkap bertudung yang hadir pada majlis pertunangan membabitkan anaknya yang juga pengantin lelaki.

Keterangan pada gambar itu mendakwa ia majlis pertunangan diadakan di sebuah kuil di Flat Rifle Range, Kampung Baharu Air Itam dan dihadiri beberapa lagi individu lain.

Tiga keping gambar yang dimuat naik itu mengundang pelbagai persepsi daripada warganet.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 2:07 PM