Laporan portal Harian Metro sebelum ini.
Norasikin Daineh

SEORANG lagi mangsa kemalangan di Kaikoura, New Zealand meninggal dunia hari ini ketika menerima rawatan di hospital di negara itu.

Mangsa itu adalah Nur Irfan Adanan, 15, yang juga anak sulung kepada pasangan suami isteri yang turut maut dalam kemalangan terbabit.

Berita itu disahkan oleh ahli keluarganya di Kampung Ulu Putatan, Putatan selepas menerima maklumat pada 1.30 tengah hari ini (waktu Malaysia) daripada ahli keluarga yang kini berada di New Zealand.

Kelmarin, dilaporkan tiga rakyat Malaysia meninggal dunia manakala dua lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan maut ketika keluarga berkenaan bercuti di negara berkenaan.

Mangsa yang maut adalah Adanan Jemain, 49; Dr Rumihati Abd Hamid, 49, dan seorang anak mereka Nuraleeyah Maisarah Arifah, 13, manakala mangsa cedera adalah Nur Arifah, 12, serta Nur Irfan, 15.

Mereka sekeluarga yang sedang bercuti menaiki kereta sewa sebelum terbabit kemalangan dengan lori di Lebuhraya Negeri 1, Kaikoura, 3.10 petang Jumaat waktu tempatan (8.10 malam waktu Malaysia).

Berita berkaitan:

  • Keluarga mangsa kemalangan tiba di New Zealand
  • Rumihati adalah doktor kami [METROTV]
  • Mahu kebumi 3 beranak di Christchurch
  • Wisma Putra sah mangsa sekeluarga
  • 3 warga Malaysia maut kemalangan di New Zealand
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 3:54 PM