Suliati Asri

MENJADI peranti hiburan yang bergaya dengan prestasi dan ciri-ciri kamera terkemuka, HUAWEI nova 5T yang membuat kemunculan pertamanya di Malaysia pada Minggu Fesyen Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (KLFW 2019) nyata mencipta fenomena tersendiri.

Jika anda sudah mengintai HUAWEI nova 5T dan tertarik dengan apa yang ditawarkan, ini adalah masa yang sangat sesuai untuk memilikinya menerusi Kempen 12:12 HUAWEI Malaysia.


Caranya mudah, anda hanya perlu mendapatkan baucer atas talian bernilai RM200 secara eksklusif di HUAWEI Online Official Store sekarang dan membeli telefon pintar yang menakjubkan ini dengan hanya RM1,399!

Inspirasi pengguna menangkap momen indah dengan 5 kamera AI 5T

HUAWEI nova 5T dilengkapi dengan 5 kamera telefon berteknologi AI, di mana empat kamera AI di belakang dan kamera hadapan 32MP untuk swafoto nyata menginspirasikan semua untuk menangkap momen indah dengan telefon pintar ini.

Empat kamera belakang peranti ini pula terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera utlra lebar 16MP, kamera makro 2MP dan kamera ‘Depth’ 2 MP.


HUAWEI nova 5T juga mempunyai AIS Super Night Mod yang membolehkan pengguna mengambil gambar dalam keadaan cahaya rendah yang mencabar dan memastikan pelbagai fleksibiliti untuk memberi inspirasi kepada momen anda.

Kamera depan swafoto 32MP pula disembunyikan di bawah 6.26 " All-View Display. Dengan itu, keseluruhan skrin memberikan sudut pandang yang semula jadi dan sempurna. Anda juga boleh mengambil gambar swafoto terbaik dengan sudut terbaru.

Prestasi nova menginspirasikan setiap momen indah

HUAWEI nova 5T memiliki set cip AI bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia di tengah-tengahnya dengan HUAWEI flagship set cipnya tersendiri iaitu Kirin 980.

Kirin 980 ini dilengkapi dengan 8 gigabait (GB) RAM dan 128 GB ROm serta teknologi storan ultra pantas UFS 2.1.


Dengan set cip Dual-NPU pula, ia membolehkan ciri-ciri seperti Spotlight Reel, yang secara automatik boleh menganalisis melalui video RAW yang dirakam, mengenal pasti bingkai terbaik individu yang dipilih untuk menjadi perhatian dan menghasilkan klip eksklusif 10-15s.

HUAWEi nova 5T ini dikuasakan dengan bateri 3750mAH dan dilengkapi dengan teknologi 22.5W SuperCharge yang membolehkan bateri dicas sehingga 50 peratus hanya dalam masa 30 minit.

HUAWEI nova 5T juga dilengkapi dengan versi EMUI 9.1 yang dipertingkatkan sekali gus dapat meningkatkan kualiti hidup pengguna melalui pengalaman baru yang fokus kepada hiburan di mana saja mereka berada.

Reka bentuk berseni dicipta mengikut trend terkini


Rupa dan sudut pandang HUAWEI nova 5T mewakili inovasi dinamik dalam industri telefon pintar. Ia juga direka dengan skrin 6.26 " skrin-ke-badan ratio yang mengagumkan sebanyak 91.7 peratus.

Menariknya, ia lancar untuk menyentuh semua aspek sekali gus menjadikan HUAWEI nova 5T berada di garis depan trend dengan tipografi monogram nova baru yang direka khas secara eksklusif pada model Midsummer Purple.

HUAWEI nova 5T ini boleh didapati dalam tiga warna khas dengan reka bentuk kaca 3D Holographic iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan Hitam.

Juga direka bagi memudahkan pengguna, HUAWEI nova 5T mengintegrasikan sensor cap jari di sisi telefon pintar yang membolehkan operasi mudah dengan hanya satu tangan.

Ia nyata telefon pintar yang cukup mengujakan.


Justeru, jangan lepaskan peluang mendapatkan baucer online bernilai RM200 untuk menikmati potongan harga nova 5T hanya pada harga RM 1,399. Anda juga berpeluang memperoleh hadiah percuma bernilai RM285

Untuk maklumat lanjut, lawati HUAWEI Online Store

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 4:14 PM