BOMBA bertungkus lumus memadamkan kebakaran di sebuah kilang di Taman Teknologi Cheng. FOTO RASUL AZLI SAMAD
BOMBA bertungkus lumus memadamkan kebakaran di sebuah kilang di Taman Teknologi Cheng. FOTO RASUL AZLI SAMAD
Rizanizam Abdul Hamid


TINDAKAN pantas bomba mengawal kebakaran tangki diesel sebuah kilang di Cheng, Melaka, berjaya menyelamatkan hampir 20 kilang lain daripada musnah dalam kebakaran petang ini.

Kejadian kira-kira 3 petang, kebakaran memusnahkan 20 peratus bahagian melebur aluminium kilang berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Md Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.25 petang.

“Seramai 22 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Tangga Batu dan Ayer Keroh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dan tindakan pantas berjaya mengawal api daripada merebak selain baki diesel mengalir ke longkang kilang berisiko menyebabkan pencemaran.

“Kebakaran dipercayai berpunca akibat kebocoran paip tangki diesel berkapasiti 20,000 liter yang digunakan untuk melebur aluminium,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Tambahnya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran dan tiada mangsa dilaporkan dalam kebakaran ini.

“Jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 6:59 PM