GAMBAR Hiasan
Noor Atiqah Sulaiman


REMAJA lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika bermain bersama rakannya di atas bot di sebuah lombong berdekatan Taman Putra Perdana, Cyberjaya.

Sumber Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengadu 6.02 petang tadi dan sepasukan anggota bomba dihantar ke lokasi.

“Menurut pengadu yang berada di tempat kejadian mangsa dilihat terjatuh dan tidak timbul. Sehingga kini mangsa belum ditemui.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya kini membuat perbincangan dengan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) serta Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 9:33 PM