KAUNTER bergerak JPJ menyediakan kemudahan kepada orang ramai di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, Kuantan.


KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang akan beroperasi secara bergerak di perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di sini selama empat hari bermula Jumaat ini.

Pembukaan kaunter bergerak JPJ itu berikutan sambutan hangat daripada 289 orang yang mengambil peluang berurusan termasuk memperbaharui lesen memandu bermula dari jam 11 pagi hingga 3.30 petang, kelmarin.

Pengarah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah berkata, pemilik kenderaan juga boleh menyemak saman dan menjelaskan kompaun di kaunter berkenaan.

Katanya, perkhidmatan yang disediakan itu juga memberi kemudahan kepada orang ramai jika mempunyai urusan lain di UTC Pahang.

“Kita turut menyediakan kemudahan pemeriksaan motosikal untuk cukai jalan tamat tempoh yang melebihi satu tahun.

“Kaunter ini akan beroperasi selama empat hari mulai Jumaat ini bermula jam 9 pagi hingga 3.30 petang diharap terus mendapat sambutan,” katanya di sini semalam.

Mohammad berkata, pemilihan UTC Pahang sebagai lokasi kerana sering menjadi tumpuan ramai dalam melakukan pelbagai urusan.

“Dengan perkhidmatan ini, kita harap dapat membantu dan memudahkan urusan berkaitan JPJ,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 5:50 AM