Keadaan rasuk jejambat Lebuh Raya Pan Borneo yang runtuh. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Roji Kawi


RASUK jejambat Lebuh Raya Pan Borneo yang dalam pembinaan di Pujut, Miri runtuh hari ini.

Difahamkan, dua pekerja mengalami kecederaan dalam kejadian pada 2.40 petang itu.

Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai tahap kecederaan dua pekerja terbabit.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, bomba tidak dimaklumkan mengenainya.

Sumber berkata, kejadian itu sudah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 9:56 PM