ANTARA peserta yang menyertai acara berkenaan.

JERAI On Fun Run 2.0 2019 berlangsung meriah dengan penyertaan 1,500 peserta termasuk dari Thailand di tapak parkir di kaki Gunung Jerai, Yan, hari ini.

Program yang dianjurkan oleh SR Exclusive dengan kerjasama Kedah Tourism Sdn Bhd dan Institut Memandu Arah Muara Sdn Bhd itu adalah kali yang kedua selepas diadakan pada 2018.

Pelepasan peserta disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah Institut Memandu Arah Muara, Azmir Razaleigh Arshad

Selain bertujuan mempromosikan Gunung Jerai dan sekitarnya sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan keindahan semula jadi, program itu juga dapat memupuk semangat keharmonian ke arah pembudayaan hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat .

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Disember 2019 @ 3:45 PM