KEADAAN kawasan sekitar Kampung Setajam, Rompin, semalam yang dinaiki air banjir. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN kawasan sekitar Kampung Setajam, Rompin, semalam yang dinaiki air banjir. FOTO Ihsan Bomba
Asrol Awang


RAUB dan Bera, menjadi daerah terbaharu di Pahang, selepas Temerloh dan Rompin, dilanda banjir.

Setakat 8 pagi ini, 1,070 mangsa daripada 280 keluarga di 13 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di seluruh negeri itu.

Rompin masih lagi menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 956 mangsa daripada 248 keluarga, Raub 66 mangsa (22 keluarga), Bera 25 mangsa (enam keluarga) dan Temerloh pula 23 mangsa daripada empat keluarga.

Menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak lapan PPS dibuka di Rompin, tiga di Raub manakala masing-masing satu PPS di Temerloh dan Bera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 10:08 AM