X

VIVO Malaysia secara rasminya melancarkan telefon pintar terbarunya V17, dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif sekali gus memberikan pengguna pengalaman tontonan di luar imaginasi mereka.

Telefon pintar ini turut menawarkan lima kamera gred profesional di depan dan belakang yang membolehkan pengguna mengambil gambar melebihi had mereka.

Dengan reka bentuk futuristik dan warna menarik serta kemasan yang berkilat, telefon pintar ini juga adalah jawapan utama untuk apa yang dicari oleh pengguna muda dan bergaya.


Pakar Produk vivo Malaysia Raymond Lee berkata V17 menunjukkan pemahaman syarikat terhadap keperluan pengguna hari ini selain inovasi yang sangat dibanggakan.

“Reka bentuk dengan lima kamera bersama Skrin Ultra O memberikan pengguna pengalaman mengambil gambar yang baru dan tontonan di luar imaginasi.

“Ciptaan V17 ini juga sekali lagi menunjukkan pendekatan inovasi berlandaskan keperluan pengguna yang kuat dan memperkukuhkan kedudukan kami sebagai perintis dalam membawa pengalaman mudah alih terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Reka bentuk Skrin Ultra O terbaru membuka pintu ke dunia baru yang berani

V17 mempunyai skrin Super AMOLED Ultra O yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan yang paling nipis dalam industri. Paparan FHD + 6.44 inci mempunyai kamera hadapan 2.98mm yang sangat jelas dan tampil lebih bergaya serta futuristik tanpa mengabaikan pengalaman tontonan.

Paparan Super AMOLED generasi baru ini bersama nisbah aspek sebanyak 20: 9 pula memberikan warna yang asli dan menyaring 42 peratus cahaya biru.

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbas cap jari terkemuka vivo dengan sensor cap jari tersembunyi bawah paparan skrin. Dengan ketumpatan piksel cap jari lebih tinggi dan algoritma canggih, ia membolehkan pengguna membuka kunci telefon pintar mereka dengan selamat dan mudah.


Kamera Al Quad 48MP dan kamera hadapan 32MP gambar momen terbaik dalam kehidupan.

Kekuatan dan kelebihan telefon pintar V17 ini terletak pada empat kamera Al Quad. Kamera utama 48MP, kamera Wide-Angle 8MP, Kamera Micro 2MP, dan Kamera Bokeh 2MP yang semuanya dihubungkan dengan algoritma AI untuk kejelasan gambar yang baik, pengalaman fotografi terbaru dan cetusan hasil mengagumkan.

Dengan kamera hadapan 32MP, V17 membantu pengguna menangkap swafoto berkualiti tinggi dan gambar kumpulan dengan mudah. Melengkapkan lagi pilihan profesional, telefon pintar ini juga menampilkan ciri Super Night Mode dan Super Night Selfie yang meningkatkan kejelasan walaupun dalam gambar malam selain menawarkan kualiti foto terbaik pada bila-bila masa di mana saja.


Kapasiti bateri yang lebih besar dan prestasi perkakasan yang kuat memberi sokongan penggunaan sepanjang hari.

V17 ini juga direka untuk pengguna menyelesaikan tugasan harian dengan telefon pintar sama ada kerja di pejabat, sosial atau hiburan. Ia juga dikuasakan dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 675 AIE dan 8GB RAM + 256GB ROM untuk memberikan prestasi optimum untuk semua aplikasi dan memastikan sistem dapat dikendalikan dengan lancar setiap masa.

Kapasiti bateri yang lebih besar, 4500mAh dengan teknologi pengecas Dual-Engine Fast membawa kecekapan yang lebih tinggi serta mengecas lebih pantas supaya telefon pintar V17 ini dapat memberikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat.

Turut dilengkapi dengan Ultra Game Mode, V17 ini pastinya memberikan pengalaman permainan mudah alih yang lancar dan terbaik terutama buat si kaki game.

Lebih menarik, tiada lagi gangguan mesej dan notifikasi yang disekat sementara saat bermain sekali gus membolehkan pengguna menyelami dunia fantasi saat bermain permainan atas talian.

V17 ini juga dilengkapi dengan ciri ‘Voice Changer’, ia memberikan lebih keseronokan semasa dalam permainan dengan menyediakan pelbagai suara yang boleh dipadankan dengan watak-watak permainan atas talian.

Telefon pintar ini datang dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Admiral Blue dan Crystal White yang boleh dimiliki di Malaysia pada 21 Disember dengan harga dari RM1,699.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Disember 2019 @ 12:38 PM