TIGA rumah di Taman Mahsuri, Padang Serai, Kulim, hangus. FOTO Ihsan Bomba
TIGA rumah di Taman Mahsuri, Padang Serai, Kulim, hangus. FOTO Ihsan Bomba
Nor Farhani Che Ad


TIGA deretan rumah musnah dalam kebakaran di Taman Mahsuri, Padang Serai di Kulim, malam tadi.

Dalam kejadian 11.20 malam itu, sebuah rumah terbakar 85 peratus manakala dua lagi 15 peratus, namun tidak membabitkan mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan 11.24 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya menerima bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang tiba ke lokasi terlebih dahulu sebelum kehadiran anggota bomba dari BBP Kulim HI Tech.

“Kebakaran membabitkan tiga rumah kelas A dengan sebuah daripadanya musnah 85 peratus, manakala dua lagi terbakar 15 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya 11.58 malam dan tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya.

Katanya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 9:31 AM
Kabinet Malaysia 2020