KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
Muhamaad Razis Ismail


DUA rakan maut selepas motosikal dirempuh kereta sebelum digilis kenderaan lain di Kilometer 76.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai, malam tadi.

Dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa, Muhammad Nazhan Muhamad, 16 dan Khairul Nizam Mohd Rosli, 19, maut di tempat kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai untuk bedah siasat.

Pemandu Toyota Yaris berusia 30 tahun retak kedua-dua tangan manakala tiga penumpang cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mangsa menunggang motosikal Honda C100 dari Kampung Belanga ke Kampung Pahi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, Toyota Yaris datang dari arah bertentangan dan masuk ke laluan motosikal sebelum bertembung dengan mangsa.

“Akibatnya, kedua-dua mangsa terpelanting ke atas jalan sebelum digilis kenderaan lain.

“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati penunggang dan pembonceng motosikal tidak memakai topi keledar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 12:13 PM
Kabinet Malaysia 2020