KEADAAN kereta mangsa. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN kereta mangsa. FOTO Ihsan Pembaca
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


LELAKI maut akibat lemas selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit dipenuhi air di Kuala Bagan Tiang, di Parit Buntar, malam tadi

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Jamil Jaafar, 31, dikeluarkan dari kenderaannya oleh orang awam.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menuju pekan Tanjung Piandang sebelum dipercayai hilang kawalan dan kemudian terbabas ke dalam parit itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian Deputi Superintendan Sanusi Salleh ketika ditemui mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah malam tadi..

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terbabas sendiri ke dalam parit berkenaan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital akibat lemas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 2:49 PM