ANTARA anjing yang dirampas daripada suspek. FOTO Ihsan MAQIS
ANTARA anjing yang dirampas daripada suspek. FOTO Ihsan MAQIS
Zuliaty Zulkiffli


CUBAAN lelaki membawa masuk dua anjing Rottweiler dan dua ayam jantan ke negara ini ternyata sia-sia apabila semua haiwan itu dirampas pihak berkuasa, 17 Disember lalu.

Dalam kejadian 8.50 pagi, haiwan itu dirampas Jabatan Perkhidmatan dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah kerana dibawa tanpa sebarang kelulusan.

Pengarah MAQIS Kedah Lily Rosalind berkata, ketika kejadian, pihaknya mengesan seorang lelaki memandu Toyota Hilux dan membawa haiwan berkenaan.

“Lelaki terbabit sedang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Bukit Kayu Hitam.

“Ketika pemeriksaan, lelaki terbabit gagal menunjukkan permit import haiwan oleh MAQIS dan Sijil Kesihatan Veterinar.

“Berikutan itu, anggota kami merampas haiwan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM2,180,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lily Rosalind berkata, pihak kerajaan mengawal pengimportan unggas hidup seperti ayam jantan dan anjing dari Thailand kerana perlu melakukan penilaian risiko terlebih dahulu sebelum kebenaran permit import dikeluarkan.

“Selain itu, kerajaan juga mengenakan larangan pengimportan unggas dari negara Thailand bagi mengekang penyakit virus selesema burung (H5N1) serta virus anjing gila

(Rabbies) yang boleh menyebabkan kematian sekiranya haiwan terbabit menyerang manusia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Disember 2019 @ 11:42 AM