ORANG ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Hotline IPD Kota Samarahan di nombor 082-662300.
ORANG ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Hotline IPD Kota Samarahan di nombor 082-662300.
Norsyazwani Nasri


POLIS Daerah Kota Samarahan memburu seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam satu kes pembunuhan di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata, suspek dikenali dengan nama panggilan Ato berusia dalam lingkungan lewat 30-an berasal dari Singkawang, Kalimantan Barat, Indonesia.

“Pada 21 Disember kira-kira jam 4 petang, polis menerima laporan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik sewa dalam bangunan kedai dua tingkat di Bandar Riyal Kota Samarahan.

“Kami membuat siasatan di tempat kejadian dan mendapati mayat lelaki di dalam sebuah bilik kecil itu mempunyai kesan kelar pada leher, “katanya ketika mengadakan sidang media di IPD Kota Samarahan petang tadi.

Menjelas lanjut, Lee berkata, hasil siasatan mendapati rumah berkenaan didiami oleh dua orang lelaki warga Indonesia dan salah seorang daripadanya menghilangkan diri.

“Polis kemudiannya membuat tangkapan ke atas seorang penyewa terbabit dan hasil siasatan mendapati kejadian ini berlaku pada 20 Disember 2019 antara jam 3 hingga 6 pagi.

“Laporan penemuan mayat terbabit dibuat oleh rakan sebilik mangsa yang kemudian turut ditahan,” katanya.

Katanya, pihak polis juga belum dapat mengenal pasti identiti sebenar Ato.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Hotline IPD Kota Samarahan di nombor 082-662300 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, IPD Kota Samarahan, ASP Abdul Rahim Abdullah di talian 0138000777.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 9:26 PM