Keadaan mangsa yang cedera di kanak kepala selepas ditetak dan (gambar kanan) pesakit mental ditahan polis untuk siasatan. Foto Ihsan PDRM
Keadaan mangsa yang cedera di kanak kepala selepas ditetak dan (gambar kanan) pesakit mental ditahan polis untuk siasatan. Foto Ihsan PDRM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

LELAKI parah selepas ditetak individu yang dipercayai menghidap sakit mental dalam kejadian di Taman Medan di Petaling Jaya kelmarin.

Mangsa yang berusia 33 tahun cedera di kanan kepala cedera di sebelah kanan kepala.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang tidur di sebuah kedai makan di kawasan berkenaan.

“Mangsa kemudian didatangi seorang lelaki yang bersenjatakan parang dan suspek kemudiannya secara tiba-tiba menetak mangsa.

“Mangsa dan lelaki itu dipercayai terlebih dahulu bergaduh menyebabkan suspek menetaknya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zani berkata, punca pergaduhan masih tidak diketahui dan mangsa memberitahu tidak pernah bermusuh dengan suspek.

“Mangsa kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan sedang menjalani pembedahan akibat darah beku di kepala.

“Suspek berjaya ditahan pada hari yang sama di rumahnya di Taman Medan selepas laporan polis dibuat ayahnya,” katanya.

Menurutnya, ayah suspek membuat laporan polis selepas anaknya memberitahu bergaduh dan menetak seorang lelaki.

“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai menghidap sakit mental dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan pukul.

“Suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 10:59 AM