JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis merampas 24 tan buah mangga import yang dijangkiti serangga perosak bernilai RM36,000 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM), Padang Besar kelmarin.FOTO Ihsan Maqis
JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis merampas 24 tan buah mangga import yang dijangkiti serangga perosak bernilai RM36,000 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM), Padang Besar kelmarin.FOTO Ihsan Maqis
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis merampas 24 tan mangga import yang dijangkiti serangga perosak bernilai RM36,000 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) di sini, kelmarin (Rabu lalu).

Pengarah MAQIS Perlis Mohamad Arshad Raffin berkata, pada kejadian 5 petang, empat lelaki tempatan berusia 30-an ditahan sebelum dikompaun RM4,000.

Menurutnya, mangga itu dipercayai dari Thailand dan dibawa masuk dengan menggunakan empat lori untuk pasaran negeri ini.

“Kesemua mangga itu memiliki permit dan sijil yang sah ketika dibawa masuk melalui pintu sempadan negara.

“Bagaimanapun, ketika persampelan dilakukan ke atas mangga itu, kami dapati buah terbabit rosak selain mempunyai serangga berpenyakit,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangga terbabit dipercayai dibeli pada harga lebih rendah berdasarkan keadaannya yang tidak sempurna.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 4:00 PM