KERETA pemandu Grab yang dilarikan ditemui semula. FOTO Juwan Riduan
KERETA pemandu Grab yang dilarikan ditemui semula. FOTO Juwan Riduan
Juwan Riduan


KERETA pemandu Grab yang dilarikan suspek selepas menyamun mangsa di Kinarut, tengah hari ini ditemui semula, malam tadi.

Kereta ungu itu ditemui oleh orang awam di hadapan rumah di Taman Mook Ideal, Kinarut, kira-kira 7 malam.

Susulan itu, orang awam menghubungi polis.

Kereta itu ditemui kira-kira 14 kilometer dari lokasi mangsa disamun di Kampung Gana.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi, pemandu Grab wanita, 59, cedera di kepala dan muka selepas disamun penumpang lelaki.

Mangsa ditinggalkan di tepi jalan Kampung Gana dengan mukannya berdarah.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit sebelum ini berkata, pihaknya percaya dalam masa terdekat suspek terbabit akan dapat diberkas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil ke balai polis berhampir bagi membantu polis menjalankan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/379 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan:

  • Pemandu Grab wanita dipukul, disamun
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 January 2020 @ 11:12 PM