BERNAMA

JENAZAH Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Sirat Darat, Kampung Kayu Ara Pasong, dekat Pontian, 10 pagi hari ini.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara serta penduduk setempat mengiringi jenazah kanak-kanak itu ke tanah perkuburan.

Nur Dinie Damia, tujuh tahun, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 10.48 malam tadi.

Jenazah dituntut keluarga di Jabatan Perubatan Forensik HSA 12.50 tengah malam tadi, sebelum dibawa pulang ke kampung datuknya.

Nur Dinie Damia sebelum ini mendapatkan rawatan di HSA sejak 10 Januari selepas disyaki dijangkiti influenza, namun disahkan negatif daripada penyakit itu petang semalam.

NUR Dania Danisha, 10, bersama ibu bapa menyiram air mawar keatas pusara adiknya Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang disyaki dijangkiti influenza, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Sirat Darat, Kayu Ara Pasong, Pontian kira-kira jam 10.05 pagi tadi. FOTO Mohd Azren Jamaludin

NUR Dania Danisha, 10, bersama ibu bapa menyiram air mawar keatas pusara adiknya Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang disyaki dijangkiti influenza, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Sirat Darat, Kayu Ara Pasong, Pontian kira-kira jam 10.05 pagi tadi. FOTO Mohd Azren Jamaludin


Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika ditemui pemberita mengesahkan ujian pengesahan PCR (Polymerase Chain Reaction) pada 4.45 petang semalam terhadap murid itu menunjukkannya negatif Influenza.

“Waktu Damia (Nur Dinie Damia) masuk ke sini (HSA), test Influenza dilakukan dan didapati negatif... jadi sekarang ini Damia didapati alami kegagalan buah pinggang dan hati.

“Bagaimanapun, pihak hospital sentiasa berusaha untuk menstabilkan semula keadaan adik Damia,” katanya selepas melawat kanak-kanak berkenaan di HSA, beberapa jam sebelum pemergian kanak-kanak itu.

Berita berkaitan

Akhirnya, Nur Dinie pergi jua...

'Nur Dinie masih hidup' - Bapa

Nur Dinie Damia kini tenat, kritikal

Bukan hanya influenza, ada komplikasi lain

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 11:25 AM
Digital NSTP Subscribe