Keadaan gunung berapi Taal di Filipina. FOTO AFP
Keadaan gunung berapi Taal di Filipina. FOTO AFP
BERNAMA

SERAMAI 19 pelajar Malaysia yang menuntut di Adventist University of the Philippines, Batangas dipindahkan ke Manila susulan letusan gunung berapi Taal.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini memaklumkan pemindahan itu dilakukan ekoran keadaan yang semakin kritikal termasuk pengisytiharan cuti kecemasan yang diumumkan Pejabat Presiden Filipina.

Ia turut menyarankan agar warganegara Malaysia menangguhkan perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat bencana itu sekiranya tiada keperluan mendesak.

“Warganegara Malaysia yang terkesan dan memerlukan bantuan pula dinasihat agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai bencana itu akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa,” katanya.

Gunung berapi Taal yang terletak 65 kilometer di selatan Manila dilaporkan meletuskan debu pada Ahad lalu mengakibatkan ribuan penduduk dipindahkan dari kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 4:19 PM