Nurul Hidayah Bahaudin

SAMBUTAN Pesta Ponggal esok memberi peluang kepada rakyat Malaysia berbilang kaum untuk memahami lebih dekat keunikan budaya rakan dan jiran mereka yang menyambut perayaan itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, masyarakat India di negara ini akan meraikan pesta berkenaan selama empat hari berturut-turut dalam bulan Thai mengikut kalendar Tamil yang disambut turun temurun sebagai sambutan tanda berakhirnya musim menuai.

PELANGGAN memilih periuk tanah liat di Lebuh Pasar sebagai persiapan perayaan Ponggal yang disambut esok. FOTO BERNAMA
PELANGGAN memilih periuk tanah liat di Lebuh Pasar sebagai persiapan perayaan Ponggal yang disambut esok. FOTO BERNAMA

“Sambutan pesta ini menjadi saksi kepada prinsip bahawa kepelbagaian budaya merupakan satu kekuatan dan keunikan bangsa Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kerencaman budaya adalah kekuatan seluruh rakyat Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 7:57 PM