FOTO HIASAN

GANGGUAN bekalan elektrik berlaku di beberapa kawasan sekitar Segamat berikutan Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Siput terpelantik, petang semalam.

Seramai 18,958 pelanggan terbabit dengan anggaran kehilangan beban sebanyak 24.5 megawatt (MW) bermula jam 5:35 petang.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan berkata, pasukan teknikal segera digerakkan bagi membaik pulih bekalan.

"Bekalan dipulihkan secara berperingkat bermula jam 8:15 malam, termasuk menggunakan 85 set jana kuasa bergerak.

"Sehingga jam 10:30 malam, TNB dapat memulihkan hampir 30 peratus bekalan," katanya.

Menurutnya, usaha sedang giat dijalankan bagi memulihkan bekalan sepenuhnya.

Maklumat terkini pemulihan bekalan sentiasa dikemaskini di Facebook TNB Careline.

Sebagai alternatif, pengguna boleh menghubungi TNB di talian 15454 untuk maklumat lanjut.

TNB berkata, pihaknya memohon maaf atas gangguan bekalan di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 8:36 AM