LIM Hui Ming, 24, dikesan polis bagi membantu siasatan kes dadah di Petaling, Kuala Lumpur pada 2018. FOTO ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes dadah di Petaling pada 2018.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan wanita terbabit, Lim Hui Ming, 24, dikesan sebagai saksi untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Kali terakhir wanita itu dilihat di Jalan Bukit Robson Ijok, Batang Berjuntai, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Azhanizam Ahmad di talian 0195067801, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 0321159999 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 9:19 PM