Azmir. FOTO Juwan Riduan
Azmir. FOTO Juwan Riduan
Juwan Riduan


TAHAP keselamatan di semua saluran mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, akan dipertingkatkan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, langkah itu bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Katanya, seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan ditugaskan sepanjang proses pengundian berlangsung termasuklah memastikan kelancaran proses pemindahan peti undi ke pusat pengiraan.

"Keanggotaan trafik kita maksimumkan kepada lebih 100 orang bagi memastikan laluan lancar selain menjaga keselamatan petugas-petugas untuk bergerak dari PDM ke tempat pengiraan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.

"Kita tutup laluan di hadapan dewan itu sahaja. Ini sebagai laluan alternatif dan saya jangkakan tidak mengganggu lalu lintas," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, di Beaufort, hari ini.

PRK Kimanis kali ini menyaksikan seramai 29,618 jumlah pengundi untuk kerusi Parlimen berkenaan membabitkan 68 saluran dan 19 pusat mengundi.

Sementara itu katanya, Jalan Beaufort ini adalah jalan utama dari Sarawak dan negara Brunei itu sendiri.

"Kita cuba sebaik mungkin... jika ada kesesakan, mohon semua pengguna jalan raya bersabar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 3:55 PM
Digital NSTP Subscribe