HAZANI Ghazali. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

LAPAN nelayan dipercayai hilang di perairan Tambisan, Tungku dekat Lahad Datu, semalam.

Menurut sumber, kapal nelayan yang berdaftar di Sandakan ditemui tanpa anak kapal di perairan Tangusu Bay pada 12.40 tengah hari.

Difahamkan lokasi kapal itu ditemui berhampiran dengan lokasi kejadian culik yang berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden itu dan siasatan sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 1:06 AM